Cepatnya, kandungan kini 11 minggu - Apa perkembangan bayi sekarang?

lead image

Tahukah anda, salah satu perkembangan janin 11 minggu ialah mereka sudah mula bernafas dengan cecair amniotik untuk membina paru-paru?

Mesti ibu-ibu excited bila kandungan sudah masuk usia 11 minggu, kan? Tahniah! Tahukah anda apa perkembangan janin 11 minggu?

Ha... jom semak panduan lengkap ini. Anda pasti lebih excited dan terkejut mengetahui perkembangan janin 11 minggu ini!

Perkembangan janin 11 minggu: Bayi besar mana sekarang?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2015/12/pChart week11 78.jpg Cepatnya, kandungan kini 11 minggu   Apa perkembangan bayi sekarang?

Sekarang, bayi anda sebesar buah laici. Comel saja berkembang dengan pesat dalam rahim anda. 

Perkembangan janin 11 minggu

Pada minggu ke-11, antara perkembangan janin yang sedang berlaku ialah:

  • Tooth buds kecil muncul di bawah gusi bayi
  • Telinga janin semakin terbentuk malah ia boleh "bergerak"
  • Tangan dan kakinya juga semakin boleh bergerak. Tapi, anda takkan merasa tendangan bayi lagi. Tunggu beberapa bulan lagi
  • Bayi sudah mula menarik dan mengeluarkan sejumlah kecil cecair amniotik. Ia membantu proses perkembangan paru-paru
  • Kepalanya mungkin kelihatan lebih besar dan tak seimbang dengan badan. Tapi percayalah, perkembangan badannya akan berlaku dalam masa beberapa minggu. Tak lama lagi, janin akan kelihatan seperti.... manusia! :P
  • Dari minggu 11 ke 20, janin akan membesar 3 kali ganda dan beratnya bertambah sebanyak 30 kali ganda!

Perkembangan janin 11 minggu: Simptom kehamilan

  • Morning sickness mungkin makin bertambah baik (atau tidak!)
  • Anda akan sakit kepala, migrain, perubahan mood, keleihatan, stres dan emosi bergolak. Semuanya akan okay bila masuk trimester kedua nanti.
  • Sesetengah ibu hamil mengalami rasa payudara penuh dan areola menghitam. Jangan risau, ini semua salah satu cara badan "menyediakan" dirinya untuk bayi

Perkembangan janin 11 minggu: Penjagaan kehamilan

  • Anda perlu mengamalkan gaya hidup yang aktif (melainkan dinasihat oleh doktor anda), tapi ada sesetengah aktiviti yang tak boleh anda lakukan. 
  • Contohnya seperti mengemas rumah. Jadi, minta suami libatkan diri juga dalam mengemas rumah ini.
  • Anda mungkin kepenatan sepanjang trimester pertama ini. Tapi, bawa bersabar. Kelak, anda akan masuk trimester kedua. Semuanya akan jadi semakin baik
  • Anda boleh memanjakan diri seperti mengurut, akupuntur, potong rambut, warna rambut dan sebagainya.

 

 

 

Minggu sebelumnyaMinggu ke - 10

Minggu seterusnyaMinggu ke - 12

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!